Sunday, December 27, 2009

Sebab stress dan penyelesaiannya

Stress ertinya tekanan.

Stress berlaku secara tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka.

Kita membeli belah. Tiba-tiba penjual jadi stress kerana masalah harga yang tidak selaras.

Stress berlaku di jalan raya. Tiba-tiba pemandu yang ingin cepat sampai telah dihalang laluan.

Ibu bapa stress dengan tiba-tiba apabila anak-anaknya mempunyai perangai berbeza dicampur pula isteri yang buat hal.

Kucingpun kadang-kadang stress apabila tuannya yang disayangi selama itu telah menjentik telinganya kerana makan lauk.

Apabila stress berlaku maka cara melepaskan geram orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Mengetasi stress banyaklah berzikir, doa, salawat dan doa kepada Allah s.w.t. supaya ditenangkan hati.

Sebenarnya stress itu tidak ada apa masalah pun tetapi hanya hangin saja atau ego.

Dengan berzikir, selawat, doa dan solat akan menurunkan ego.